Tajuk
Minda Pengetua: Refleksi Terhadap
Tugas Kita
Oleh: Hj Razali Ismail
Tajuk
Penyelidikan
Kuantitatif Dan Kualitatif - Kelebihan dan Kekurangan
Oleh: Dr. Abdullah Ibrahim, Jabatan Teknologi
Pendidikan
Abstrak:
Artikel ini cuba membincangkan kelebihan dan kekurangan penyelidikan
kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Dalam penyelidikan, pemilihan
kaedah yang sesuai bergantung kepada objektif dan bagaimana data atau maklumat
ingindiperolehi. Kaedah kuantitatif memerlukan data yang bernombor
dan melibatkanujian empirikal untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaannya.
Dalamkaedah kuantitatif, dapatan daripada analisis statistik selalunya
dibuatinferen yakni digeneralisasikan kepada populasi. Kaedah ini
adakalanyaberdepan dengan kesulitan untuk membuat huraian yang lebih meluas
keranakekurangan data. Justeru itu ianya memerlukan sampel yang lebih
besaruntuk dapatan yang lebih bermakna. Penyelidikan kualitatif pula
lebihsubjektif keadaannya. Data yang diperolehi selalunya melalui
penglibatanlangsung seperti memerhati, menyentuh, dan berperilaku sendiri
yang membolehkankutipan data dibuat secara terperinci dan first hand.
Oleh itu ianyatidak memerlukan subjek kajian yang besar. Data
yang dikutip carakualitatif tidak memerlukan ukuran numerikal dan tidak
perlu membuat rumusan. Satu hal yang penting ialah penyelidik kualitatif
perlu seorang yang mahirterutama sekali ketika mengendalikan temubual.
Penyelidikan kualitatifkerap berdepan dengan masalah observer’s
bias dan observer’s effect yang menyebabkan tiada kesetaraan
(inconsistency) seterusnya boleh meragukan kebolehpercayaan data.
Tajuk
Pengajaran Pembelajaran
Secara Reflektif Kearah Mencari Makna Dalam Matematik:
Dua Contoh Sebagai Catatan Permulaan
Oleh: Aziz Omar, Jabatan Matematik
Abstrak:
Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang bersistem dan
berhikmah. Salah satu kaedah yang digunakan ialah pengajaran secara reflektif.
Pembelajaran secara reflektif memerlukan seseorang melalui suatu proses
pemikiran dantindakan teratur serta sistematik. Melalui artikel ini kaedah
pengajarandan pembelajaran secara refleksi digunakan dalam matematik dengan
menggunakandua contoh. Hasilnya, melalui proses refleksi para pelajar boleh
memahamikenapa sesuatu penyelesaian dalam matematik itu begitu dan apakah
makna darisetiap tindakan yang dibuat dalam menyelesaikan masalah matematik.
Tajuk:
Kegunaan komputer
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Integrasi Komputer
DalamPembelajaran Kooperatif Dan ‘Concept Attainment’
Oleh: Nazeri bin Mohamad Amin, Jabatan Teknologi
Pendidikan
Abstrak:
Rencana ini bertujuan untuk mencadangkan bagaimana tiga strategi pengajaran
penting masakini iaitu: pembelajaran koperatif, pembelajaran berlandaskan
‘concept attainment’ dan ‘computerbased instruction’
dapat digabungkan menjadi satu kaedah pengajaran yang berkesan. Ketiga-tiga
strategi tersebut mempunyai pelbagai kebaikan dan gabungannya akan menyebabkan
semua kebaikan dari ketiga-tiganya dapat dimanfaatkan sekaligus. Dalam
proses mengintegrasikan komputer dan internet, pengkaji cuba mencadangkan
kaedah penggunaan perisian popular dengan mengambilkira tahap teknologi
di maktab, sekolah menengah dan sekolah rendah. ‘Offline browsing’
atauimbasan luar talian adalah keupayaan komputer yang mempunyai potensi
untukdigunakan di sekolah yang tidak mempunyai talian internet.
Tajuk:
Minat Penggunaan
Bahan Bacaan Sains Sebagai Sumber Rujukan Pembelajaran
DiKalangan Murid Tahun Lima
Oleh: Rohani Abdul Hamid, Jabatan
Sains
Abstrak:
Satu kajian tindakan berkenaan minat penggunaan bahan-bahan
bacaan sains di perpustakaan sebagai sumber rujukan pembelajaran di kalangan
murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu telah
dijalankan bermula dari bulan Februari hingga April 1999. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan pelbagai bahan bacaan sains
yang terdapat di perpustakaan sekolah sebagai sumber rujukan tambahan dalam
pembelajaran oleh murid-murid tahun 5. Instrumen kajian yang digunakan
adalah satu set soal selidik dan temubual. Kajian ini melibatkan 30 orang
muridtahun 5 dan 4 orang guru sains sebagai sampel kajian. Data dianalisis
denganmenggunakan statistik deskriptif melalui peratusan dan carta bar.
Secaraamnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa minat murid tahun 5 menggunakanpelbagai
bahan bacaan sains sebagai sumber rujukan pembelajaran adalah rendah.Dapatan
kajian melalui temubual menunjukkan aktiviti-aktiviti pengajaran
pembelajaran sains yang melibatkan murid tahun 5 menggunakan pelbagai bahanbacaan
yang ada di perpustakaan adalah terhad. Tindakan yang telahdijalankan
oleh pengkaji ialah merangkakan aktiviti sains berbentuk projekdan kuiz
yang mempunyai kaitan dengan unit-unit pembelajaran sains. Untukmenyiapkan
projek dan aktiviti kuiz tersebut, murid-murid tahun 5 yang dipilihsebagai
responden perlu menggunakan pelbagai bahan bacaan sains yang sediaada di
perpustakaan sekolah tersebut sebagai sumber rujukan. Dengan ini diharapdapat
memupuk dan sekaligus meningkatkan minat murid-murid tahun 5 dalampenggunaan
bahan-bahan bacaan sains yang terdapat di perpustakaan SekolahKebangsaan
Mengabang Telipot.
Tajuk:
Konsep Pembangunan Menurut Islam Dan
Barat
Oleh: Mohd Sefai bin Jusoh, Jabatan Matematik
Abstrak:
Tajuk:
Kurikulum Matematik Sekolah Bestari
Oleh: Tengku Zawawi b Tengku Zainal, Jabatan
Matematik
Abstrak:
Matlamat Dan objektif KBSR dan KBSM sangat jelas ke arah
melahirkan insan yang seimbang seperti mana yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Walau bagaimanapun penilaian dan pemantauan terhadap
perlaksanaan KBSR dan KBSM menunjukkan bahawa terdapatnya beberapa kepincangan
dan ketidakselarasan, khususnya dengan proses penaksiran sama ada yang
berasaskan sekolah mahupun berpusat. Penyusunan isi kandungan juga didapati
tidak mengambil kira pelbagai tahap kebolehan pelajar di samping
tidak lagi dapat memenuhi tuntutan aliran perubahan terkini. Kurikulum
Matematik Sekolah Bestari Malaysia diadun berasaskan amalan terbaik sekolah
bestari lain di dunia dengan mengambilkira elemen-elemen yang membolehkan
sistem pendidikan kita mencapai matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Asas yang dibina dari segi isi kandungannyamasih berpandukan kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) denganpenekanan kepada usaha
yang lebih gigih untuk membina kekuatan daya fikirdan penerapan nilai secara
eksplisit serta memberi laluan kepada perkembanganpotensi pelajar secara
individu dengan memanfaatkan teknologi komputer dantelekomunikasi. Kurikulum
Matematik Sekolah Bestari merangkumi isi kandungan,strategi pengajaran
dan pembelajaran, bahan sumber, dan proses penilaian.Walau bagaimanapun
masih terdapat beberapa ruang yang perlu diperkemaskanterutama dari segi
contoh aktiviti pengajaran pembelajaran dan instrumenpenilaian yang memenuhi
ciri-ciri bestari.
Tajuk:
Pernyataan Misi dan Visi
Dalam Keadaan Biasa dan Dalam Keadaan KegawatanEkonomi
Oleh: Mohamed Yusoff bin Mohamed, Jabatan Matematik
Abstrak:
Visi dan Misi adalah dua aspek yang sangat penting dalam perancangan
strategik sesebuah organisasi. Kepemimpinan yang bervisi mencorakkan matlamat
dan halatuju sesebuah organisasi itu manakala misinya pula menggariskan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi merealisasikan visi tersebut. Dalam
keadaan biasa seseorang pemimpin tentunya telah merancangkan visi dan misi
organisasinya mengikut kesesuaian dan keadaan yang dijangkakannya. Akan
tetapi tidak semua yangdijangkakan akan berlaku sebagaimana yang diharapkan.
Dalam kegawatan ekonomi,banyak perancangan perlu diubahsuai hingga menjejaskan
misi sesebuah organisasi. Namun begitu kegawatan ini tidak seharusnya melemahkan
semangat yang boleh membantut kreativiti pemimpin yang seterusnya boleh
mennggagalkan matlamat organisasi itu.
Tajuk:
Kepengetuaan : Kepimpinan, Tugas
Dan Hubungannya Dengan Falsafah Pendidikan-
Satu Penjelasan
Oleh: Musa bin Sulaiman
Abstrak:
Keseluruhan esei ini membincangkan secara ringkas mengenai peranan
yang patut dilaksanakan oleh seseorang pengetua di sekolah. Peranan kepengetuaannya
adalah sangat penting sekali kerana pengetua diibaratkan seperti seorangnahkoda
di dalam sesebuah kapal yang sedang belayar di lautan luas. Selamatnyaanak-anak
buah yang berada di bawah jagaannya adalah bergantungdi bahu pengetua.
Esei ini membincangkan secara sepintas lalu sahaja keranatajuk di atas
begitu luas sekali untuk dibincangkan. Fokus utama esei initertumpu di
bidang pendidikan., bidang-bidang lain disentuh secara kebetulansahaja.
Permulaan esei ini membincangkan tentang definisi tajuk, kajian-kajian
yang telah di buat oleh sarjana-sarjana terdahulu, tugas-tugaspenting
seorang pengetua dan kepimpinan masa kininyai , matlamat asalsistem pendidikan
dan hubungannya dengan falsafah yang telah digariskan serta
nilai-nilai yang perlu diserapkan dalam sistem pendidikandewasa ini.Tugas
pengarang sekadar menerangkan dan mengingati kembali garis kasar dan ruang
lingkup pendidikan negara yang telah ditetapkandalam sistem
pendidikan dahulu supaya pendidikaan masakini tidak begitu
jauh menyeleweng..
Tajuk:
Penyoalan Secara Lisan: Sebagai
Penilaian Yang Merangsang Pembelajaran
DanPemikiran Kreatif Pelajar Sains.
Oleh: Shukri Ismail, Jabatan Sains
Abstrak:
Penilaian Dalam KBSM dianggap sebagai sebahagian proses pengajaran
dan pembelajaran untuk mendapat maklumat tentang perkembangan dan kemajuan
pelajar. Ia harus diusahakan secara berterusan dalam bilik darjah. Penilaian
secara lisan adalah satu kaedah bagi mendapat maklumat tentang perkembangan
pelajar. Melaluipertuturan, interaksi dan komunikasi di antara guru dengan
pelajar atau pelajardengan pelajar penilaian secara lisan dapat dilakukan
sama ada secara formalatau tidak formal. Dalam pengajaran dan pembelajaran
sains, penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif merupakan
komponen yang terpenting. Penyoalan secara lisan memainkan peranan penting
untuk meningkatkan keberkesanan penguasaan kemahiran-kemahiran ini.
Tajuk:
The Structure Of Knowledge
In The School Subjects And Its Implication ForTeaching
Oleh: Wrutheran Sinnadurai, Jabatan Sains MPKTBR
Abstract:
This article discusses the structure of knowledge contained in school
subjects and its implications for teaching. The knowledge structure in
each subject is different and therefore a standard pedagogical approach
cannot be prescribed for all subjects. There are essentially four types
of knowledge structures: fact-based, concept-based, language-based and
value-based. Each of thesestructures must be well understood before pedagogical
approaches are designedfor meaningful learning to take place.
Tajuk:
Refleksi Dalam
Latihan Mengajar Sains
Oleh: Wan Md.Hatta Wan Ahmad, Jabatan Teknologi Pendidikan
Abstrak:
Artikel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar proses refleksi dalam
latihan mengajar. Ianya juga menyenaraikan secara ringkas jenis ferleksi
serta proses mebuat refleksi. Panduan untuk membuat refleksi serta kepentinganrefleksi
dengan menggunakan rancangan mengajar harian dilampirkan bersama. Kejayaan
seseorang pelajar membuat refleksi bergantung kepada kesanggupandan keazaman,
kesedaran untuk berubah dan sokongan pensyarahpembimbing
Tajuk:
Perancangan
Korpus Bahasa Melayu
0leh: Mat Daud bin Yusof, Jabatan Pengajian
Melayu
Abstrak:
Tulisan ini cuba membincangkan perancangan bahasa dengan tumpuan khusus
kepada Bahasa Melayu. Perancangan yang dimaksudkan ini melibatkan institusi-institusi
rasmi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dengan perancangan yang rapi begini kedudukan Bahasa Melayu akan lebih
mantap dan boleh dimartabatkan lagi.
Tajuk:
Kesalahan Pelajar Dalam Penyelesaian
Masalah Matematik
Oleh : Hamdan bin Abdul Manaf, Jabatan Matematik
Abstrak:
|